Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Agensi berita Rusia, Rossiya Segodnya, menganjurkan pertandingan ‘Andrei Stenin International Press Photo’ untuk wartawan foto muda Malaysia.

Jurugambar Malaysia dalam kumpulan umur 18 hingga 33 tahun dipelawa untuk menyertai pertandingan itu dengan menyerahkan kerja mereka kepada agensi di www.stenincontest.com.

Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu Berita Utama, Sukan, My Planet dan Potret – ‘Hero of Our Time’.

“Peserta boleh menghantar sehingga tiga penyertaan bagi setiap kategori, memberi peluang yang lebih luas kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran profesional mereka. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Feb, 2018,” kata agensi berita itu dalam satu kenyataan.

Pertandingan ‘Andrei Stenin International Press Photo’ disokong oleh rangkaian media utama Rusia dan antarabangsa, agensi berita dan komuniti fotografi, termasuk Shanghai United Media Group, rangkaian media satelit pan-Arab Al Mayadeen dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

Selain hadiah wang tunai, para pemenang juga akan berpeluang untuk mempamerkan karya mereka semasa lawatan antarabangsa pemenang di Rusia dan tempat-tempat pameran antarabangsa yang lain.

Agensi itu juga mengumumkan pelantikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai rakan media rasmi untuk pertandingan itu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.stenin contest.com.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *