Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 480 orang setakat 4 petang berbanding 409 orang pada sebelah pagi, dengan 10 pusat pemindahan masih beroperasi dan empat ditutup.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata jumlah itu meliputi 123 keluarga di daerah Yan, Kuala Muda dan Baling.

Bagi Daerah Yan, jumlah mangsa yang ditempatkan di Surau Kampung Teroi Bukit kekal 100 orang, Masjid Titi Teras (38), Surau Nurul Huda Kampung Batu 18 1/2 (18), Surau Kampung Batu 22 (70) dan Dewan Orang Ramai Kampung Setar (10).

Di Kuala Muda, jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan Keda dan Surau Kampung Tepi Sungai menurun kepada 177 orang berbanding 217 orang pagi tadi, Surau Kampung Sungai Rotan (8) dan Surau Kampung Guar Stesen (15).

Di Baling, Dewan Orang Ramai Macang Bubuk menempatkan 44 orang daripada sembilan keluarga.

Empat pusat pemindahan yang ditutup ialah Surau Kampung Seputeh dan Surau Kampung Tawar di Baling serta Surau Kampung Lubuk Boi dan Surau Kampung Batu 5 Jalan Jeniang di Yan berikutan air semakin surut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *