Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jualan Sentuhan Rakyat Diharap Pengaruhi Harga Barang

Jualan Sentuhan Rakyat Diharap Pengaruhi Harga Barang

PUTRAJAYA, Inisiatif Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang dilaksanakan kerajaan di seluruh negara diharapkan dapat membantu mempengaruhi  penurunan harga barangan di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata rakyat digalakkan untuk berbelanja di PJSR kerana barangan yang dijual adalah lebih murah berdasarkan harga dari ladang.

“Di PJSR kita mengelakkan penggunaan orang tengah yang biasa menjadi punca harga barangan meningkat. Menerusi kaedah ini kita mengharapkan apabila pasaran menjadi kompetitif harga barangan akan turun,” katanya kepada media selepas pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengumumkan IHP pada Januari 2018 mencatatkan pertumbuhan yang stabil pada kadar 2.7 peratus kepada 121.3 berbanding bulan yang sama tahun lalu iaitu 118.1.

Hamzah berharap pelaksanaan program PJSR dapat menstabilkan harga barang keperluan di pasaran dan seterusnya menurunkan IHP negara pada masa akan datang .

“Malah saya  juga sudah mendapat maklumat terdapat kawasan yang harga ayam di sana menjadi begitu kompetitif  kerana ada peniaga lain yang boleh jual lebih murah daripada  PJSR,”katanya.

Leave a Reply

Top