Katanya, tiket penerbangan bersama AirAsia X serendah RM196 dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Katanya, penumpang juga boleh nikmati diskaun 16 peratus apabila membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40 peratus untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60 peratus untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

“Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September 2019 (0001h GMT +8) hingga 26 September 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

“Pastikan anda merebut peluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif bagi hotel terpilih, aktiviti dan pakej penerbangan dan hotel apabila anda membuat tempahan di airasia.com.,” katanya di sini.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Bagi mendapatkan maklumat terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).