MH Online

Laman Suara Rakyat

‘Jual Bangunan Hanya Cadangan’

'Jual Bangunan Hanya Cadangan'

SHAH ALAM, Keputusan untuk menjual bangunan UMNO Selangor hanya akan diputuskan dalam mesyuarat khas yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata ketika ini, beliau mengesahkan tiada sebarang penjualan aset akan dilakukan.

Katanya, langkah menjual bangunan yang terletak di Seksyen 14, di sini, itu hanya perbincangan di peringkat awal.

“Tiada sebarang kata putus yang dibuat berkenaan perkara itu.

“Seperti yang dijanjikan, keputusan akhir yang mahu diambil itu perlu dirujuk dan dibentangkan secara menyeluruh kepada ahli jawatankuasa UMNO Selangor sebelum dipersetujui,” dipetik sebagai berkata.

Mat Nadzari berkata, selain cadangan menjual bangunan terbabit, pihaknya juga turut mempunyai beberapa cadangan lain bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi parti itu.

Beliau berkata, cadangan menjual bangunan UMNO itu turut disusuli tindakan membeli bangunan baharu bagi mengganti bangunan yang dijual.

“Jika penjualan dilakukan, ia akan dibuat secara serentak dan ini akan memberi lebihan wang yang mampu menampung perjalanan UMNO Selangor hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Mad Nadzari berkata, masalah kewangan yang dihadapi UMNO Selangor ketika ini kerana pembekuan akaun parti.

Akibat tindakan itu, UMNO Selangor mengalami masalah untuk menguruskan aset selain berdepan dengan kos tinggi.