KOTA BHARU, Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam Op Jalan yang diadakan pada 24 hingga 26 Disember lalu.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata sepanjang tempoh itu juga lima kenderaan turut disita termasuk sebuah kenderaan klon.

“Di samping itu, sebanyak 54 buah bas ekspres telah diperiksa di Terminal Lembah Sireh di sini, di mana dua kes dikesan membabitkan kesalahan teknikal iaitu tayar tidak menepati spesifikasi dan larangan serta merta dikeluarkan kepada syarikat bas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melaksanakan Op Jalan di Jalan Kuala Krai di sini, Jumaat malam.

Katanya Op itu akan diteruskan sehingga Isnin ini (2 Jan) sempena cuti Tahun Baru.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *