Antara News melaporkan, Ketua Hakim MK, Anwar Usman memberitahu, keputusan itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak permohonan itu.

Ketika membacakan keputusannya, hakim memberitahu pemohon gagal mengemukakan bukti yang jelas bagi menyokong dakwaannya itu.

“Justeru, ia tidak dapat dibuktikan dan tuduhan itu dianggap tidak berasas mengikut undang-undang,” ujarnya.

Dalam permohonan, Prabowo-Sandi mendakwa berlakunya penipuan secara struktur, sistematik dan besar-besaran (TSM) dalam Pilpres. -AGENSI