MH Online

Laman Suara Rakyat

JKDM Buka Tender Kenderaan Yang Dirampas

KANGAR, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mempelawa orang ramai dan syarikat mengemukakan tender kenderaan yang dirampas jabatan itu.

Menurut kenyataan JKDM Perlis semua kenderaan tersebut telah mendapat kelulusan untuk ditender serta dibuka sejak 26 Dis lepas dan ditutup pada 17 Jan 2018.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang secara percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia/Kewangan dan Perolehan pejabat jabatan itu di Kompleks Kastam Negeri, Jalan Kampung Pondok, Kangar.

Kenderaan tersebut boleh dilihat di Kompleks Kastam Kangar, Pejabat Penguatkuasa Kastam Padang Besar dan Pejabat Penguatkuasa Kastam Kuala Perlis, demikian menurut kenyataan itu yang menambah, setiap kenderaan yang ditender perlu dibayar deposit 50 peratus daripada harga tender yang ditetapkan.

Antara kenderaan yang terlibat ialah jenis Peugeot 405 SR, Isuzu Trooper, Honda Accord, Honda CRV, Honda Stream dan Mitsubishi Pajero, namun jumlahnya tidak dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 04-9761420.