Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Jerman Henti Eksport Ketenteraan Ke Arab Saudi

Jerman Henti Eksport Ketenteraan Ke Arab Saudi

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata semalam Berlin tidak akan mengeksport senjata api ke Arab Saudi buat masa ini susulan pembunuhan kejam wartawan terkenal Jamal Khashoggi.

“Saya bersetuju dengan pendapat bahawa eksport senjata api kami ke Arab Saudi yang sememangnya terhad, tidak boleh diteruskan memandangkan keadaan semasa,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat partinya.

Sabtu lalu Menteri Luar Jerman, Heiko Maas berkata buat masa ini beliau tidak melihat sebarang asas yang kuat untuk meneruskan eksport senjata api ke Arab Saudi.

Jerman bulan lalu meluluskan eksport senjata bernilai 416 juta euro (RM1.9 bilion) ke Arab Saudi untuk 2018. Pada masa lalu, eksport ketenteraan oleh Berlin ke Arab Saudi kebanyakannya terdiri daripada kapal peronda.

Merkel menegaskan bahawa beliau mengutuk pembunuhan Khashoggi dan melihat keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan kes itu. – AFP

Leave a Reply

Top