Suhu kekal tinggi di timur dan barat Jepun pada Ahad, meletakkan negara ini terus berada dalam cuaca panas melampau sejak seminggu lalu.

Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran mengenai kepanasan melampau yang dijangka melanda beberapa kawasan dan menasihatkan orang ramai berjaga-jaga bagi mengelak terkena strok haba.

Pada Sabtu, susu tertinggi dicatatkan pada 36 darjah di Hita dan 35 darjah di Fukuoka serta Tottori, selain Osaka, Takamatsu, Fukui dan Saitama.

Bagi bandar seperti Tokyo, Nagoya dan Hiroshima pula , suhunya mencecah 33 darjah pada tengah hari Sabtu.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran dan Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menambah pengambilan air dan sentiasa berada di lokasi yang sejuk terutama waktu malam.

Dalam tempoh seminggu setakat Jumaat, lebih 1,800 orang telah mendapatkan rawatan akibat strok haba di hospital seluruh Jepun.

Agensi itu juga menggesa orang ramai yang bekerja di kawasan bencana seperti utara Kyushu supaya memberi perhatian kepada kesihatan mereka.

Sementara itu, hujan turun di sekitar Akita pada Ahad, begitu juga wilayah Tohoku yang bukan sahaja mengalami hujan, malahan dilanda banjir kilat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *