Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jempol Tolak Isa Samad

Jempol Tolak Isa Samad

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad kemungkinan besar bakal menamatkan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen apabila namanya bakal dicicirkan oleh UMNO Bahagian Jempol pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai tempat beliau sebagai MP Jempol bakal diisi Ketua Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu dikatakan jarang turun kawasan sejak menang jawatan tersebut pada PRU ke-12 dan 13.

Sebaliknya masa banyak dihabiskan di Kuala Lumpur atas pelbagai urusan yang membabitkan jawatannya di FELDA dan juga SPAD.

Dikhabarkan andaikata nama Isa diangkat sebagai calon, pengundi Jempol tidak akan memberi undi kepada UMNO sebaliknya lebih rela kawasan tersebut ditadbir oleh pembangkang.

Isa merupakan Ketua UMNO Teluk Kemang. Seharusnya beliau bertanding di kawasannya sendiri.

Bagaimanapun Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan awal-awal lagi menamakan Ketua Publisiti MIC, VS Mogan sebagai calon BN Parlimen Telok Kemang.

Ini bermakna Isa sudah tidak ada tempat untuk bertanding setelah Jempol menolak beliau dan kawasannya sendiri telah diisi oleh rakan BN iaitu MIC.

Leave a Reply

Top