MH Online

Laman Suara Rakyat

Jemaah Umrah Bersyukur Dapat Tunai Umrah

Jemaah Umrah Bersyukur Dapat Tunai Umrah

Jemaah umrah dari luar negara bersyukur kerana dibenarkan menunaikan ibadah itu selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan pertama jemaah yang sudah lengkap vaksin tiba di Arab Saudi 15 Ogos lalu, selepas sekatan sementara ditarik balik, lapor Arab News.

Seorang jemaah dari Amerika Syarikat (AS), Ishfaq Iqbal berkata, usaha kerajaan Arab Saudi membenarkan mereka menunaikan ibadah itu dan memberi layanan cemerlang kepada jemaah luar negara.

Jemaah dari Algeria, Abdul Majid Al-Jazaaeri, pula memuji kerajaan Arab Saudi berhubung perkhidmatan mengendalikan umrah kepada jemaah antarabangsa.

“Petugas menawarkan bantuan kepada golongan warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan untuk bergerak dengan lebih lancar,” katanya.

Jemaah umrah dari luar negara perlu membawa sijil vaksinasi dari negara mereka yang sudah mendapat pengesahan serta menyatakan penerimaan suntikan vaksin yang diiktiraf oleh Arab Saudi.

Dalam pada itu, sebanyak 4,000 payung diedarkan kepada jemaah dan petugas di Masjidil Haram supaya dapat melindungi mereka daripada cuaca panas terik.

Selain itu, Arab Saudi membenarkan rakyat dari luar negara menunaikan umrah dengan syarat sudah lengak vaksin COVID-19 sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.

Ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – AGENSI