Ketua pembangkang Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disekat daripada memasuki Sarawak.

Dr Jeffrey, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor dan presiden parti STAR Sabah, telah ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Kota Kinabalu pada 6 petang Sabtu.

“Saya masih di imigresen lapangan terbang. Arahan itu datang dari kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa bulan Februari tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

Dr Jeffrey berkata beliau dijadualkan untuk meninggalkan Kuching dengan penerbangan jam 8.30 malam.

Beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat antara pemimpin Dayak dari Kalimantan dan Sabah di Kuching.

Beliau enggan mengulas  lanjut mengenai perkara itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *