Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jasamu Tetap Dikenang

Jasamu Tetap Dikenang

Oleh : Zabidi Saidi

Pada jam 11.44 pagi semalam boss MH Online, Hidayat Fansuri whatsapp saya beritahu pada jam 3 petang  ada sidang akhbar pemuda, wanita dan puteri Umno. Maka kami buat keputusan untuk hadiri sidang akhbar tersebut.

Apabila kami dari semua media sampai di tingkat 39 PWTC kami diarah tunggu di tingkat empat kerana sidang akhbar akan diadakan di situ. Sambil menunggu sidang akhbar bermula ramai exco pemuda, wanita dan puteri turut masuk ke bilik tersebut.

Saya tertanya tanya apa hal pulak sidang akhbar turut dihadiri orang lain. Tiba tiba masuk Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Tengku Saifuddin ke dalam bilik tersebut. Kami tertanya tanya kenapa Tengku Saifuddin turut sertai sidang akhbar yang akan dibuat pemuda, wanita dan puteri.

15 minit kemudian masuk presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua pemuda, ketua wanita, setiausaha agung dan ketua penerangan Umno barulah kami tahu bahawa ia bukan sidang akhbar pemuda, wanita dan puteri Umno.

Rupa-rupanya Najib mahu buat pengumuman penting selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik Umno.

Najib Tun Razak  melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

“Mengambil kira keadaan semasa…dan memandangkan UMNO dan BN telah mengalami kekalahan yang amat berat (dalam PRU14), maka saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mengambil keputusan meletakkan (kedua-dua) jawatan itu serta-merta.”

“Ini adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan,” katanya.

Najib berkata Biro Politik itu juga bersetuju supaya Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, juga Naib Presiden UMNO, menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan meninggalkan parti itu.

PRU14 menyaksikan penguasaan 60 tahun BN di persada pemerintahan negara berakhir apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen.

BN turut hilang kuasa di Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah.

 

Ketika Najib umumkan perletakan jawatannya tiba tiba air mata saya gugur. Naib ketua puteri Umno, Zahida Zarik Khan yang duduk di hadapan saya sedar air mata saya gugur. Saya sedih kerana Najib terpaksa melepaskan jawatan apabila gagal mempertahankan kerajaan BN. Pada PRU 2013, BN gagal dapat majoriti dua pertiga dan pada PRU14, BN tewas buat kali pertama dalam sejarah Perikatan dan BN menguasai negara selama 61 tahun.

 

Tapi Najib berjiwa besar tidak menangis apabila mengumumkan perletakan jawatannya. Selepas BN tewas pada 9 Mei lalu, saya telah menulis dalam blog ini meminta Najib berundur pada 10 Mei 2018. Baca http://catatanzabidi.blogspot.my/2018/05/kedegilan-najib-berundur-sebabkan-bn.html

 

Selepas itu barulah ketua pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar dan lain lain ketua pemuda negeri desak Najib berundur. Najib telah memimpin Umno selama 10 tahun. Jasamu tetap dikenang Najib mengetuai Umno dan kerajaan BN. Semoga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat memulihkan semula Umno dalam tempoh lima tahun akan datang. Hanya orang yang kuat iman sahaja tidak akan  melompat menyertai Parti Bersatu atau PKR.

Leave a Reply

Top