MH Online

Laman Suara Rakyat

Jangkitan Tempatan Babitkan Varian Delta

Jangkitan Tempatan Babitkan Varian Delta

MANILA, Jabatan Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan negara itu mula mengesan kes jangkitan tempatan membabitkan varian Delta.

“Hasil analisis filogenetik yang dilakukan Pusat Genom Filipina, Universiti Filipina dan Biro Epidemiologi Kementerian Kesihatan mendapati kini terdapat kes tempatan membabitkan varian Delta,” kata agensi kesihatan dalam kenyataan.

Menurut Xinhua, Filipina mengesan 47 kes varian Delta di negara itu setakat ini, lapan kes aktif, manakala tiga pesakit meninggal dunia.

Filipina pertama kali mengesan varian Delta melalui sampel yang diambil daripada rakyatnya yang baru pulang dari luar negara. – BERNAMA