MH Online

Laman Suara Rakyat

Jangkitan COVID19 Lepasi Angka 40 Juta Di Amerika Selatan

Jangkitan COVID19 Lepasi Angka 40 Juta Di Amerika Selatan

MONTEVIDEO, Jangkitan COVID-19 melepasi angka 40 juta di Amerika Selatan dan Carribean, hari ini.

Sejak kes COVID-19 direkodkan tahun lalu, angka jangkitan di wilayah itu sudah menjangkau 40,073,507 kes, menurut data AFP berdasarkan data rasmi setakat jam 2 pagi waktu tempatan.

Jumlah kematian akibat virus itu seramai 1,353,335 orang.

Penularan pantas yang disebabkan varian Delta mendorong peningkatan kes COVID-19 untuk seluruh dunia dengan keseluruhan kes berjumlah 192,942,266 jangkitan dan 4,143,687 kematian.

Pada peringkat global, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.3 juta kes.

Ini disusuli India dengan lebih 31.29 juta jangkitan dan Brazil dengan hampir 19.5 juta kes.

Indonesia mencatat angka tertinggi kes COVID-19 Asia Tenggara, dengan melepasi 3.08 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.5 juta dan Malaysia dengan lebih 980,000 kes.

Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 467,000 dan lebih 63,000 kes. – AFP