Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jangan Panik, Barang Keperluan Mencukupi

Jangan Panik, Barang Keperluan Mencukupi

KUALA LUMPUR, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak panik kerana barangan keperluan pengguna di pasar raya mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.

Perdana Menteri ketika menitipkan pesanan itu menerusi Twitter berkata orang ramai juga semakin peka dengan arahan kerajaan apabila mereka berada di luar untuk menjalankan urusan berkaitan.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” katanya, hari ini.

Leave a Reply

Top