Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Jangan Mudah Berpuas Hati’

‘Jangan Mudah Berpuas Hati’

KUALA LUMPUR, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah berpuas hati dengan kemenangan mengambil alih pentadbiran negara ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Anwar berkata, kerajaan wajar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak, yang dipercayai cuba merosakkan kemenangan PH, yang dipilih berlandaskan tsunami rakyat.

Katanya, peralihan kuasa berjalan lancar selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum Mei lalu mencerminkan kematangan rakyat Malaysia termasuk di kalangan penjawat awam dan jarang sekali berlaku dalam konteks politik dunia.

“Kita tidak harus cepat berpuas hati, malah kita harus berwaspada dengan tangan-tangan yang mahu mencurangi agenda reformasi yang didambakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Perutusan Tahun Baharu 2019, semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata kerajaan perlu terus menangani kebimbangan rakyat terutama golongan bawahan dan mendengar rintihan mereka.

“Jika kita benar benar mendengar dan melihat, kita akan temui pelbagai kebimbangan dan keresahan di bawah.

“Sebagai contoh, saya baru-baru ini menjalankan kajian dalam kalangan 3,000 pelajar yang menghadiri suatu acara bual bicara dan mendapati keresahan terkait gaji yang rendah serta masalah pengangguran,” katanya.

Leave a Reply

Top