Kerajaan dan kepimpinan Umno disarankan tidak membuang masa melayan kerenah kebudakan serta ketidakmatangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub sebaliknya berkata, kerajaan perlu meneruskan program yang dirancang untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Kami minta kerajaan tidak melayan Mahathir dalam apa juga isu sekali pun,” katanya.

Menurutnya, Pengerusi Bersatu itu didakwa sengaja mereka cerita sensasi seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah haram dan rasuah, semata-mata untuk mendapat perhatian serta  publisiti murahan.

“Beliau (Tun M) sengaja berbuat demikian dengan tujuan mahu mendapat reaksi daripada pihak kerajaan, sekali gus Umno,” katanya.

Beliau berkata, apabila kenyataan Mahathir mendapat reaksi pemimpin, ia adalah kemenangan buat bekas pemimpin itu.

“Kami yakin rakyat sudah bosan dengan kerenahnya yang berterusan menyerang kerajaan.

“Beliau sebenarnya kecewa dengan kegagalannya jatuhkan Najib dan paling kecewa apabila parti yang baru ditubuhkan dilanda masalah kepimpinan.

“Jadi untuk mengalih isu dalaman Bersatu, beliau tiba-tiba mengeluarkan fatwa mengenai BR1M,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *