Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jangan Hina Dan Caci Jemaah Tabligh

Jangan Hina Dan Caci Jemaah Tabligh

KUALA LUMPUR, Masyarakat diminta untuk tidak melabel, menghina dan mencaci jemaah tabligh sehingga menyebabkan mereka berasa bimbang untuk melakukan saringan COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jemaah tabligh juga diminta untuk tidak takut tampil ke hadapan dan menjalani saringan disebabkan sikap sebahagian masyarakat yang cetek pemikiran.

“Waktu begini bukan untuk mencari salah siapa sebaliknya yang penting untuk masyarakat memainkan peranan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk melihat sendiri proses saringan pandu lalu kepada individu dan kumpulan yang sebelum ini menyertai Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, di sini, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Beliau juga turut mengambil kesempatan memberikan sokongan serta merakam penghargaan kepada setiap individu dan jemaah ijtimak tabligh yang tampil pada hari ini untuk membuat saringan kesihatan.

Selain itu, beliau yang muncul secara mengejut turut melihat penugasan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields, yang memantau pergerakan serta mencatatkan rekod butiran diri individu yang hadir untuk saringan COVID-19.

Khidmat pandu lalu itu disediakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Top