Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jamal Ditahan Polis

Jamal Ditahan Polis

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Jamal Md. Yunos ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor sebentar tadi.

Ketua Polis Selangor, Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan pada pukul 1.15 petang bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu.

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan. Selain kes berkaitan senjata api, suspek juga disiasat untuk beberapa lagi kes lain.

“Suspek juga mempunyai dua waran tangkap dan akan disempurnakan setelah suspek selesai menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Leave a Reply

Top