MH Online

Laman Suara Rakyat

‘Jadi Polis Kawal Diri Sendiri’

'Jadi Polis Kawal Diri Sendiri'

KUALA LUMPUR, “Jadi polis untuk kawal diri sendiri”.

Demikian nasihat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak setiap rakyat mengawal diri sendiri untuk membantu memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, walaupun polis dan anggota penguat kuasa tidak lagi melakukan pemantauan, setiap individu perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekitar.

Pada awal perayaan Aidilfitri lalu, katanya, memang ada anggota polis dan pasukan penguatkuasaan pematuhan masuk ke kampung dan kawasan perumahan untuk melakukan pemeriksaan dan ramai yang dikompaun terus di lapangan.

“Itu sewaktu awal perayaan sahaja, tetapi ketika ini, saya percaya polis tidak lagi membuat pemantauan rumah ke rumah seperti sebelum ini.

“Walaupun tiada polis, kita jaga diri kita, tiada ‘frontliner’ (petugas barisan hadapan), kita jadi ‘frontliner’ untuk keluarga dan masyarakat sekitar. Kita kawal diri dengan kawalan kendiri.

“Kalau tiada polis, kita jadi polis kawal diri sendiri,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.