Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Jack Ma Nafi Akan Bersara

Jack Ma Nafi Akan Bersara

Pengasas dan Pengerusi Alibaba, Jack Ma dijangka mendedahkan pelan penggantian esok, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) hari ini, dengan jurucakap syarikat menafikan laporan New York Times (NYT), beliau akan bersara.

SCMP, dimiliki Alibaba berkata, bilionair teknologi terkenal China itu akan ‘mendedahkan satu strategi penggantian” pada Isnin, sempena ulang tahun ke-54 beliau, namun kekal pengerusi eksekutif syarikat untuk akan datang.

NYT mengeluarkan laporan Jumaat lalu, berdasarkan wawancara dengan Ma, mengatakan bekas guru bertukar bilionair itu bercadang menggunakan tarikh ulang tahunnya untuk mengumumkan persaraan sebagai pengerusi Alibaba bagi memfokuskan kedermawanan.

Akhbar memetik Ma sebagai berkata, keputusan itu adalah ‘permulaan satu era.’

Namun seorang jurucakap Alibaba memaklumkan SCMP, kisah NYT ‘di luar konteks dan salah dari segi fakta.’

“Seorang jurucakap Alibaba berkata, Ma kekal sebagai pengerusi eksekutif syarikat dan akan menyediakan satu pelan peralihan untuk satu tempoh bererti,” tulis SCMP.

Akhbar menambah, strategi penggantian Isnin ini adalah sebahagian satu rancangan ‘mempersiapkan generasi eksekutif muda mengambil alih pentadbiran’ syarikat.

Ma adalah seorang guru bahasa Inggeris sebelum mengasaskan Alibaba pada 1999 dan membangunkannya kepada syarikat gergasi internet bernilai multi-bilion dolar, menjadi antara lelaki terkaya dunia dan individu dihormati di tanah air.

Nilai kekayaannya meningkat sejajar dengan syarikat, yang menambah pengkomputeran awan, filem dan e-pembayaran kepada portfolio meningkatnya serta dinilai pada AS$420.8 bilion (RM1.75 trilion) apabila pasaran saham ditutup Jumaat lalu.

Laporan NYT mengejutkan ramai dalam masyarakat perniagaan global kerana usia Ma jauh lebih muda terutama di China yang bukan luar biasa jutawan berkuasa sehingga berusia 80-an. -AFP

Leave a Reply

Top