Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Jacinda Sertai Mesyuarat Kabinet Australia

Jacinda Sertai Mesyuarat Kabinet Australia

Perdana Menteri New Zealand, hari ini menyertai mesyuarat Kabinet Australia bagi membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan negara yang sebelum ini ditutup disebabkan COVID-19.

Sempadan Tasmania itu akan dibuka berikutan kejayaan kedua negara jiran mengawal penularan COVID-19 itu yang berhasil mengekalkan kadar kematian satu peratus selain mempunyai bekalan perubatan simpanan mencukupi.

Kedua-dua negara sedang mempersiapkan secara berperingkat mengembalikan akses perjalanan merentasi Laut Tasnamia dan membuka perniagaannya.

Australia mencatatkan kira-kira 6,800 jangkitan dan 96 kematian manakala New Zealand pula merekodkan 1,137 kes dan 20 korban akibat virus itu.

Mesyuarat kabinet dijadualkan pagi ini waktu tempatan, mempertemukan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan Perdana Menteri New South Wales Australia, Gladys Berejiklian.

Berejiklian berkata, beliau berharap dapat mencapai persetujuan mewujudkan hub perjalanan antara kedua-dua negara.

“Rentas perjalanan antarabangsa adalah matlamat jangka sederhana dan jangka panjang, justeru sekiranya boleh kita mahu ada hub perjalanan utama antara Australia dan New Zealand.

“Ia sekali gus menjadi satu langkah yang sangat positif,” katanya pada sidang sebelum menyertai sidang video bersama pemimpin negeri dan wilayah lain.

“Saya berharap kita mencapai kesepakatan berhubung sempadan negara yang boleh dilonggarkan dan membuka peluang kepada kedua-dua negara menaikkan ekonomi dan menarik peluang perdagangan pada masa depan.

Sementara Australia dan New Zealand menjaga sempadan berbanding sempadan negara lain, Ardern semalam mengatakan tahap seterusnya dalam pembangunan semula ekonomi negara dapat meliputi perjalanan di Tasmania.

Leave a Reply

Top