Anda di sini!
Utama > Hiburan > Itu Bukan Untuk Tatapan Umum- Neelofa

Itu Bukan Untuk Tatapan Umum- Neelofa

“Foto itu sepatutnya (dikongsi) dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut”.

Itu komen yang diberikan pengacara dan pelakon popular, Neelofa, 29, apabila tersalah memuat naik fotonya tanpa hijab di Instagram.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor membuat kenyataan itu menerusi Instagram Story untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Terdahulu, pengacara program MeleTOP! itu memuat naik foto dia sedang memakai topeng wajah tanpa bertudung, namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Menerusi foto itu, Neelofa turut menyertakan keterangan, suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya membengkak.

Menyedari foto itu dimuat naik dalam tetapan umum, Neelofa, bagaimanapun segera memadamnya bagi mengelak sebarang kekecohan.

Namun, beberapa pengikut yang sempat melihat foto itu mengakui terkejut, malah bertanya kemungkinan akaun media sosialnya menjadi mangsa penggodam.

Leave a Reply

Top