“Saya terkejut apabila saya melihat aspek sabotaj di dalam masjid itu,” kata setiausaha agensi endowmen Islam Palestin, Khair Tabari kepada akhbar berpangkalan di London, Al Qodus Al Arabi.

Beberapa tahun lalu, Khair memfailkan saman di mahkamah Nazareth meminta penyerahan semula masjid itu kepada endowmen Islam.

Namun mahkamah belum membuat keputusan berhubung saman itu.

Premis itu dinamakan semula menjadi Khan Al Ahmar bagi mengalih perhatian tentang kesuciannya sebagai sebuah masjid.

Masjid Al-Ahmar mengalami beberapa siri pencemaran sejak kewujudan Israel pada 1948 yang mana ia pernah diubah menjadi sebuah seminari Yahudi dan pejabat pilihan raya bagi Parti Kadima Israel (2006).

Penduduk asal Safad dan ahli sejarah, Mustafa Abbas berkata, masjid yang mendapat nama sempena batu berwarna merah itu digunakan untuk pelbagai tujuan melainkan dewan solat bagi umat Islam.

“Umat Islam melawat masjid itu akan diserang penduduk Yahudi,” kata Mustafa.

Batu pada pintu masuk masjid mendedahkan masjid itu dibina pada 1276 tahun Masihi.

Dalam perkembangan berkai­tan, Perdana Menteri baharu Palestin, Mohammad Shtayyeh mengumumkan Kabinet baharunya semalam bergandingan de­ngan Presiden Mahmoud Abbas dan menge­cualikan pergerakan Hamas.

Lapor Al-Jazeera, beberapa jawatan utama tidak berubah daripada pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan Rami Hamdallah. – AGENSI