Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Israel Tembak Penduduk Gaza

Israel Tembak Penduduk Gaza

Seorang penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza terbunuh hari ini selepas tentera laut Israel menembak sebuah bot nelayan yang dinaiki mangsa bersama dua yang lain, kata jurucakap tentera.

Tentera laut melepaskan tembakan selepas bot berkenaan tidak mengendahkan amaran dan menyimpang dari kawasan perikanan yang dibenarkan di utara Semenanjung Gaza ke arah Israel, kata jurucakap itu.

Salah seorang lelaki di dalam bot itu cedera parah dan kemudian meninggal dunia.

Tetapi kesatuan nelayan Gaza berkata bot itu dijadikan sasaran ketika dalam perjalanan kembali ke Gaza.

Setiausaha sindiket nelayan Gaza, Nizar Ayyash berkata dalam satu kenyataan bahawa lelaki itu tidak melanggar had maritim.

Israel mengekalkan sekatan tentera laut di Semenanjung Gaza, yang dikuasai Hamas. Ia mengawal perairan untuk menghentikan penyeludupan senjata ke kubu kuat mereka dan menghentikan militan yang cuba menyerang atau menyusup masuk ke wilayahnya dari laut. – Reuters

Leave a Reply

Top