Pesawat Israel melancarkan serangan balas ke atas Gaza sejak lewat Khamis ketika usaha perdamaian sedang giat dilakukan bagi menamatkan perbalahan terbaru.
Sebelum ini roket yang dilancarkan terhadap Israel itu terjatuh di kawasan Palestin, menurut saksi dan sumber keselamatan Gaza.
Serangan terbaru itu susulan tembakan antikereta kebal oleh tentera Israel terhadap Hamas.
Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan serangan udara itu di Twitter.
“Tentera Udara kami menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan sebagai markas pembuatan peluru roket di Gaza,” menurut IDF.
“Hamas bertanggungjawab ke atas semua keganasan yang berlaku di Gaza,” tambahnya.
Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lalu memperketatkan sekatan selama 13 tahun terhadap dua juta penduduk Gaza.
Israel juga melarang nelayan Gaza pergi ke laut dan menyekat penghantaran barang yang melintasi wilayah itu, menyebabkan penutupan satu-satunya loji jana kuasa Gaza kerana kekurangan bahan bakar.
“Belon peledak dilancarkan dari Jalur Gaza ke Israel,” menurut satu kenyataan tentera awal pagi semalam.
“Sebagai tindak balas … kereta kebal menyasarkan pos tentera milik Hamas di Jalur Gaza.” – AFP
Berita lain
Australia Ubah Lagu Kebangsaan Iktiraf Kaum Pribumi
Petugas Kesihatan AS Alami Alergi Serius Selepas Divaksin
Conte Tolak Tekanan Untuk Istihar Darurat