Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Israel Mungkin Rampas Timur Baitulmaqdis

Israel Mungkin Rampas Timur Baitulmaqdis

Berikutan kebimbangan bahawa kaum Yahudi dijangka bukan lagi majoriti di Baitulmaqdis, Israel mungkin merampas banyak kawasan Timur Baitulmaqdis untuk dijadikan wilayahnya.

Jika perkembangan demografi itu berterusan, Baitulmaqdis mungkin menjadi bandar minoriti Yahudi seawal 2045, menurut laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa Baitulmaqdis di Brussels (ICG).

Dalam usaha mengelak situasi terbabit, Israel mungkin mengambil kejiranan Palestin di timur tembok sempadan bandar itu untuk memperluaskan lagi wilayahnya dalam kebanyakan kawasan Timur Baitulmaqdis yang dijajahnya.

Kawasan ramai penduduk Palestin yang menjadi sebahagian daripada perbandaran Baitulmaqdis, namun di luar kawasan Kafr Aqab, kem pelarian Shuafat/Anata, al-Sawahra dan al-Walaja, akan dikeluarkan.

Semua kawasan itu akan diletakkan di bawah unit pentadbiran asing Israel di luar bidang kuasa Baitulmaqdis, selepas pakatan kerajaan dibentuk, 17 September depan.

Bagi penduduk Palestin, tindakan itu akan menjejaskan status mereka sebagai penduduk Israel seperti penduduk Palestin lain di Tebing Barat yang perlu mendapatkan permit untuk pergi ke Timur Baitulmaqdis atau Israel.

Walaupun banyak projek untuk penduduk Yahudi di barat dan timur Baitulmaqdis serta ‘pelbagai kekangan’ terhadap pertumbuhan kejiranan Palestin, populasi majoriti Yahudi terus menyusut, sejak beberapa dekad lalu.

Pada 1967, nisbah populasi Yahudi Israel kepada penduduk Palestin di Baitulmaqdis adalah 74:26. Pada 2016, nisbah untuk Yahudi susut kepada 62:38, menurut ICG.

Tindakan Israel mengabaikan Timur Baitulmaqdis gagal mengusir penduduk Palestin yang dipaksa membayar cukai perbandaran, namun hampir langsung tidak menerima apa-apa perkhidmatan perbandaran.

Difahamkan, ramai pemimpin Israel tidak mengira latar belakang politik turut menyokong rampasan kawasan penduduk Palestin di wilayah Timur Baitulmaqdis yang dijajah. – Agensi

Leave a Reply

Top