Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Israel Lancarkan Serangan Roket Ke Semenanjung Gaza

Israel Lancarkan Serangan Roket Ke Semenanjung Gaza

Jet pejuang rejim Israel menyerang kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza selepas roket dilancarkan semalam dari wilayah itu ke arah Israel, dakwa pihak tentera.

Kejadian berlaku selepas Hamas memberi amaran bahawa rancangan rejim Israel untuk menakluki sebahagian daripada Tebing Barat disifatkan sebagai ‘perisytiharan perang’.

Menurut tentera, jet pejuang Israel menyerang kilang senjata dan roket di selatan Semenanjung Gaza.

Sumber keselamatan di Gaza mengesahkan kepada AFP, terdapat serangan berlaku di kawasan Khan Yunis di hujung selatan wilayah Palestin itu yang dihuni dua juta penduduk.

Terdahulu, tentera mendakwa, dua roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah wilayah rejim Israel, semalam.

Ia adalah tembakan roket dari Semenanjung Gaza yang pertama dilaporkan sejak awal bulan lalu. – AFP

Leave a Reply

Top