Bekas pegawai tentera Israel mengakui bahawa rejim Zionis merupakan “juara” dalam aktiviti pencerobohan dan penjajahan yang disifatkan sebagai satu seni.

Bekas Komander Pusat Perintah, Mejar Jeneral Gadi Shamni berkata, tindakan penjajahan itu merupakan satu-satunya penyelesaian terbaik untuk konflik Israel-Palestin walalupun tidak dipersetujui oleh rakyat Palestin.

“Kami menjadikan penjajahan sebagai satu seni.

“Kami adalah juara penjajahan ketika saya mengetuai Pusat Perintah Tentera Israel,” kata Shamni ketika berucap di Pusat Unit Disiplin di Herzyliya pada Rabu.

Shamni mengeluarkan kenyataan itu selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam Israel kerana menjadikan kawasan penjajahan sebagai penjara terbuka.

Selain itu, Abbas dengan tegas berkata, keganasan akan terhapus jika penjajahan rejim Zionis di bumi Palestin berakhir.

Beliau turut membangkikan semula keganasan yang dilakukan Israel dalam tiga perang sebelum ini di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan beribu-ribu orang terbunuh.

“Israel juga telah memenjarakan lebih sejuta rakyat Palestin sejak 1967.

“Jika penjajahan ini berakhir, tiada lagi keganasan di Asia Barat mahupun di seluruh dunia,” katanya seperti dilaporkan portal PressTV.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *