Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Israel-Hamas Saling Mengancam Perang Habis-Habisan

Israel-Hamas Saling Mengancam Perang Habis-Habisan

Israel dan kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza saling mengancam untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap satu sama lain ketika rejim Israel merancang untuk menakluk sebahagian daripada Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya mencadangkan supaya pemimpin Hamas beringat bahawa merekalah yang pertama akan menerima akibat atas sebarang serangan,” tulis Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, dalam Twitter.

Gantz yang juga berperanan sebagai Perdana Menteri secara bergilir dalam gabungan perkongsian kuasa baharu Benjamin Netanyahu berkata, Israel ‘tidak akan menerima ancaman’.

Dalam amaran kepada barisan pemimpin Hamas, Gantz berkata, ‘harga bagi setiap cubaan untuk mencederakan orang awam kami akan sangat menyakitkan dan penuh berkuasa’.

Semalam, Hamas memberi amaran bahawa ia menyifatkan rancangan rejim Israel untuk menakluk sebahagian daripada Tebing Barat sebagai perisytiharan perang terhadap rakyat Palestin.

“Penentang (Hamas) bersedia untuk melindungi penduduk dan tempat suci,” kata Abu Ubaida selaku jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Izz ad-Deen al-Qassam, dalam satu kenyataan.

Netanyahu telah berikrar untuk menakluki Lembah Jordan, sebuah kawasan yang membentuk 30 peratus daripada Tebing Barat, seawal-awalnya pada 1 Julai ini.

Langkah itu dikutuk rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa sebagai melanggar undang-undang antarabangsa serta ancaman terhadap kestabilan serantau.

Leave a Reply

Top