Share on Facebook

Para menteri Israel, hari ini, mencabar keputusan Mahkamah Agung memulangkan mayat pejuang Palestin yang terbunuh ketika serangan untuk dikebumikan.

Kerajaan zionis itu dalam satu kenyataan berkata, anggota keselamatan kabinet memutuskan keputusan dibuat mahkamah tertinggi Israel pada khamis lalu ‘tidak boleh diterima’ sekali gus meminta isu ini diperdengarkan semula.

Sebaliknya, sejak tahun lalu, kerajaan mengumumkan tidak akan mengembalikan mayat berkenaan melainkan Palestin di Gaza bersetuju untuk memulangkan mayat dua tentera Israel dipercayai maut dalam peperangan di Gaza tiga tahun lalu.

Menjawab kepada permohonan keluarga sembilan pejuang Palestin yang terkorban, mahkamah mengemukakan undang-undang Israel tidak membenarkan mayat berkenaan disimpan, tetapi memberi tempoh enam bulan kepada kerajaan untuk menggubal undang-undang baru atau diserahkan kepada keluarga mereka.

Namun, mesyuarat menteri-menteri kanak menolak kedua-dua usul berkenaan sebaliknya, berkeras tidak memulangkan semua mayat pejuang Palestin yang terkorban.

Isu berkenaan dibangkitkan semula bulan lalu apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisyaratkan Israel tidak akan bertolak ansur mengembalikan mayat pejuang Palestin yang terkorban ketika tenteranya meletupkan terowong yang mengunjur ke Semenanjung Gaza ke wilayahnya.

“Kami memiliki peraturan yang mudah: sesiapa saja yang menyerang kami, kami akan membalasnya. Kedua, kami tidak memberi hadiah percuma,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *