MH Online

Laman Suara Rakyat

Israel Benarkan Peniaga Gaza Masuk Palestin Mulai Esok

Israel Benarkan Peniaga Gaza Masuk Palestin Mulai Esok

Israel akan membenarkan peniaga dan barang dari Gaza di bawa masuk ke Palestin mulai esok, selepas tahap keselamatan dilaporkan semakin baik.

Ia langkah terbaru dipersetujui Israel selepas setahun sempadan Gaza ditutup, kata Koordinator Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT) yang mewakili pihak tentera.

Katanya, 1,000 pedagang dan 350 ahli perniagaan kanan Gaza dibenarkan masuk ke Israel termasuk eksport barang bermula di lintasan Kerem Shalom manakala import dari Israel ke Gaza akan diperluas.

“Turut dibenarkan dibawa masuk adalah komponen dalam sektor pengangkutan dan komunikasi.

“Peralatan dan barang keperluan akan dibenarkan masuk ke infrastruktur kemanusiaan di Semenanjung Gaza,” kata COGAT dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kelonggaran diberikan itu bergantung kepada situasi keamanan di rantau itu secara berterusan.

“Permit kemasukan akan diberikan hanya kepada individu yang sudah divaksina atau pulih dari COVID-19,” katanya.

Seorang jurucakap COGAT berkata, langkah itu adalah pertama kali dilaksanakan Israel dengan membenarkan peniaga dari Gaza masuk sejak penularan wabak COVID-19 lebih setahun lalu.

Pada akhir bulan lau, Israel memperluas zon penangkapan ikan di Gaza selain meneruskan aktiviti import ke wilayah terbabit membabitkan projek bantuan antarabangsa. – AFP