Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Ireland Panggil Duta Israel Berhubung Isu Gaza

Ireland Panggil Duta Israel Berhubung Isu Gaza

Ireland memanggil duta Israel ke Dublin, Zeev Boker, hari ini bagi membantah tindakan tentera Israel membunuh 59 penduduk Palestin dalam pertempuran sepanjang sempadan Gaza berhubung pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis.

Menteri Luar Ireland, Simon Coveney, ‘memanggil duta Israel ke Ireland untuk menyatakan rasa terkejut dan cemas negara susulan bilangan kematian dan cedera di Semenanjung Gaza, kata kenyataan kementerian.

“Duta dimaklumkan mengenai permintaan Ireland supaya siasatan bebas antarabangsa dilakukan mengenai kematian kelmarin diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata kenyataan.

Kementerian berkata, pegawai Ireland di Ramallah melaporkan perkhidmatan kesihatan di Gaza, yang kurang berfungsi disebabkan kekurangan peralatan dan ubat pending, dipenuhi mayat.

“Selain kematian dan kecederaan, Ireland juga amat terganggu dengan kecederaan dialami pekerja kesihatan seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” menurut kenyataan.

Ia berkata, ada 211 rekod serangan terhadap pekerja kesihatan di Gaza dan 25 ambulans rosak. – AFP

Leave a Reply

Top