KUALA LUMPUR, Usaha kerajaan untuk merancakkan proses peralihan kepada revolusi industri 4.0 (IR4.0) tidak akan menyebabkan kadar pengangguran di negara ini semakin ‘melambung’.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong, ketika memberikan jaminan itu sebaliknya berkata IR4.0 yang menyaksikan pelbagai teknologi baharu digunakan di segenap industri penting negara akan ‘menyuntik’ kesan positif.
“Dalam usaha kita merintis hala tuju pembangunan untuk mendapatkan pelaburan berteknologi tinggi, pekerja dalam bidang ini akan ada pendapatan tinggi.
“IR4.0 akan beri peluang kepada kita, lahirkan generasi pekerja baharu yang boleh menggunakan pelbagai aplikasi teknologi, sekali gus menambah peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
“Kalau dulu, industri buruh, tenaga dan kerja kita lebih bergantung kepada tenaga buruh asing, IR4.0 akan menyaksikan perubahan dalam aspek berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ban Hong menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang mahu tahu usaha kerajaan meneroka bidang baharu pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan IR4.0 sebagai langkah mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan