Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Inti Pati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Inti Pati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.

Menegaskan bahawa pakej PRIHATIN, yang peduli rakyat itu akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dengan tiada golongan yang akan tercicir.

Bagi menangani impak COVID-19 dan membantu rakyat dan sektor yang terkesan dengan penularan wabak itu, hampir RM128 bilion disalur untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Berikut adalah antara inti pati pakej seperti diumumkan Muhyiddin:

* Peruntukan tambahan RM1 bilion bagi membiayai pembelian peralatan dan perkhidmatan perangi COVID-19.

* Dana khas RM8 juta diwujudkan industri dan takaful untuk tanggung kos ujian saringan COVID-19.

* Elaun khas dari RM400 kepada RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan.Elaun khas RM200 kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota RELA.

* Bantuan Prihatin Nasional RM10 bilion untuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran meliputi:

* RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

*RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

* RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

* RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

* Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan RM3.2 bilion.

* RM200 bayaran one-off kepada pelajar institut pengajian tinggi.

* Peruntukan RM25 juta bantuan makanan dan barangan penjagaan kesihatan kepada golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kurang upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.

* Tangguh bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan, mulai 1 April

* mySalam dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI).

* Pengeluaran prapersaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga berjumlah RM1,500

* Pengecualian bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam kepada enam bulanPengecualian sewaan premis milik Kerajaan Persekutuan

* Diskaun tambahan penggunaan kadar elektrik.

* Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad tambah peruntukan RM530 juta untuk beri diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan

* Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta

* Bantuan tunai RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam

* RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara

* Peruntukan RM1 bilion untuk Dana Jaminan Makanan

* Peruntukan RM100 juta sediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman

* Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan Program Subsidi Upah

* RM600 sebulan bagi setiap pekerja berpendapatan RM4,000 untuk tempoh tiga bulan

* Bayaran one-off RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing.

* Peruntukan RM110 juta untuk kontraktor perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak

* Dana tambahan RM4.5 bilion bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana

* KWSP akan perkenal program Khidmat Rundingan Majikan

* Pengecualian bayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia

* Tangguh pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April

* Kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja

* Peruntukan RM2 bilion untuk projek-projek kecil kontraktor Kelas G1 hingga G4 di Sabah dan Sarawak

* Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion

Leave a Reply

Top