MH Online

Laman Suara Rakyat

Inter Milan Hanya Mampu Seri Dengan Roma

Inter Milan Hanya Mampu Seri Dengan Roma

Inter Milan terlepas peluang untuk memberikan tekanan terhadap Juventus selepas terikat 2-2 di Roma sebentar tadi yang memberikan laluan buat gergasi Turin semakin hampir meraih gelaran kesembilan berturut-turut.

Penalti Romelu Lukaku dua minit sebelum tamat menyelamatkan satu mata buat skuad kendalian Antonio Conte, Inter yang berkedudukan kedua, lima mata di belakang Juventus.

Juve boleh mencipta jurang lapan mata di persada liga selepas mereka menanti kehadiran pasukan tangga keempat Lazio awal pagi esok waktu Malaysia.

Stefan De Vrij mendapatkan gol pertama Inter di Stadio Olimpico apabila menanduk masuk hantaran sudut Alexis Sanchez selepas 14 minit.

Namun kaptren Roma, Edin Dzeko mengumpan buat gol penyamaan Leonardo Spinazzola sebelum tamat babak pertama dan kemudian terbabit sekali lagi ketika Henrikh Mkhitaryan meledak gol kedua pada minit ke-57.

Lukaku masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan penalti selepas Spinazzola mengasari Victor Moses.- AFP