Katanya, kini harapan tersebut sekali lagi menjadi kenyataan dan titik bersejarah kepada umat Islam di negara ini.

“Kita mempunyai roh titik persamaan. Kali ini kita bukan sahaja ada persamaan untuk menjayakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

“Ada yang kata Pas dan UMNO tak boleh tahan lama. Kami nekad apa masalah yang ada kami akan urus dengan baik.

Dan jangan sesekali ada elemen pecah belah muafakat ini,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana sempena penganjuran Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan