Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ini Kejayaan Muafakat Nasional

Ini Kejayaan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah isyarat jelas penerimaan rakyat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini terhadap agenda penyatuan ummah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kejayaan itu juga bagi mengorak langkah seterusnya dalam usaha memperkukuhkan kerjasama dan integrasi yang lebih erat di peringkat nasional.

“PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN yang mewakili suara pembangkang di PRK Tanjung Piai, malah kita keputusan ini sebagai kejayaan bersama Muafakat Nasional.

“Kepada Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, marilah kita bersama membela kebajikan rakyat dan mengukuhkan agenda perpaduan nasional dengan sebaiknya di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan kepada ahli PAS dan petugas pasti itu yang membantu dalam kempen PRK Tanjung Piai, selain menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya itu adalah isyarat jelas penolakan rakyat terhadap kegagalan mereka membela kebajikan rakyat, termasuk janji manifesto yang tidak tertunai.

Leave a Reply

Top