Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Info DSLR Yang Harus Anda Ketahui

Info DSLR Yang Harus Anda Ketahui

Dengan harganya yang mahal dan fungsi yang pelbagai membuat orang ramai beranggapan bahawa kamera DSLR lebih baik daripada kamera digital biasa. Namun, anggapan ini tidak semestinya benar, masih banyak perkara yang membuatkan kamera digital lebih baik daripada kamera DSLR.

Ramai yang menganggap bahawa DSLR mampu menghasilkan gambar terbaik jika dibandingkan dengan kamera digital. Hakikatnya, ‘the man behind the gun’ atau jurugambar yang menentukan kualiti sesuatu gambar itu baik atau tidak.

Pada asasnya, gambar yang bagus tidak hanya dihasilkan dari peralatan yang bagus. Banyak aspek perlu diambil kira dari pencahayaan, komposisi warna, dan kemampuan jurugambar itu sendiri.

Jika jurugambar itu seorang yang hebat, maka dengan menggunakan kamera bertaraf ‘point and shoot’ pun boleh menghasilkan gambar yang berkualiti. Namun, jika jurugambar itu tidak memahami teknik-teknik asas pemotretan, menggunakan DSLR pun tidak akan membantunya mendapatkan gambar pada kualiti yang terbaik.

Gambar dari kamera DSLR sangat jelas perbezaannya ketika diambil dari keadaan kurang cahaya. Ketika objek yang diambil memiliki banyak sumber cahaya, adalah sangat sukar untuk membezakan gambar itu dari DSLR atau kamera digital biasa.

Ada juga yang beranggapan bahawa megapixel yang lebih tinggi dalam DSLR menunjukkan bahawa kamera ini lebih baik dari kamera digital biasa. Namun, hal ini harus dikembalikan lagi dengan fungsi awal dalam mengambil gambar.

Jika anda hanya gunakan untuk gambar profil di Facebook atau dicetak dengan ukuran 14×11″, maka kamera dengan kemampuan 1-7 megapixel saja sudah memadai. Lain pula halnya jika nanti gambar tersebut akan diaplikasikan pada poster berukuran sangat besar, maka resolusi tinggi sangat diperlukan di sini.

Oleh itu, jangan meremehkan kamera digital biasa. Meskipun ukurannya lebih kecil dari DSLR, kemampuan kamera digital ketika ini adalah setara kualitinya dengan DSLR

Kebiasaannya DSLR Dianggap Mempunyai Kemampuan Yang Lebih Baik Dibandingkan Dengan Kamera Digital

Leave a Reply

Top