Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Indonesia Bantah China Ceroboh Perairanya

Indonesia Bantah China Ceroboh Perairanya

Indonesia berkata hari ini, ia membuat bantahan kepada China berhubung kehadiran sebuah kapal peronda di perairan wilayahnya berhampiran kawasan bertelingkah di Laut China Selatan, mengatakan ia menandakan satu ‘pelanggaran kedaulatan.’

Bot terbabit menceroboh ke dalam zon ekslusif ekonomi (EEZ) Indonesia di luar pantai utara di Natuna, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan. Ia tidak mengatakan bila insiden berlaku.

“Kementerian Luar sudah memanggil duta China di Jakarta dan menyampaikan bantahan keras berkaitan insiden ini.

“Satu nota bantahan diplomatik juga dihantar,” katanya.

Katanya, duta akan membuat laporan ke Beijing namun kedua-dua pihak memutuskan mengekalkan hubungan baik antara negara.

Kedutaan China di ibu kota ini gagal dihubungi untuk mengulas.

Nelayan tempatan melihat sebuah kapal peronda China mengiringi bot nelayan beberapa kali sejak beberapa hari lalu dan kemudian melaporkan apa yang dilihat kepada Agensi Keselamatan Maritim, kata laporan media. -Reuters

Leave a Reply

Top