Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun.

Beliau turut meminta orang ramai, khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

“Saya minta orang Bagan Datoh mendoakan hubungan saya dengan Najib terus berpanjangan sebagai pemimpin nombor satu dan dua, seorang sahabat, adik-beradik,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan Masyarakat Parlimen Bagan Datoh di Wisma Bagan Datoh, semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah bekerja bersama Najib sejak 1 Oktober 1987 sebagai setiausaha politik semasa perdana menteri ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan, sebelum menjadi Menteri Pertahanan.

“Selepas itu, saya terus bekerja dalam sektor korporat, namun saya membantunya (Najib) dari luar,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh meminta pihak tertentu menghentikan segala fitnah ke atasnya termasuk surat layang, kononnya beliau mendesak Najib meletak jawatan kerana ia hanya membuang masa.

Ahmad Zahid menegaskan, sepanjang kerjaya politiknya, beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa dan pegangan itu menyebabkannya kekal sebagai ahli parlimen dan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.

“Bukan jenis saya untuk menjatuhkan sesiapa termasuk perdana menteri, sebab itu di Bagan Datoh, saya selamat dari 1985 sampai sekarang dan tiada siapa lawan saya,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *