Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Idea Baharu Perkasa Fungsi KPDNKK

Idea Baharu Perkasa Fungsi KPDNKK

PUTRAJAYA, Beberapa idea baharu ke arah memantapkan fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan diketengahkan oleh kepemimpinan baharu agensi itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sudah pasti kepemimpinannya akan terus memperkasa fungsi utama kementerian itu, yang berurusan langsung dengan kepentingan rakyat sebagai penerima manfaat akhir dalam perkara berkaitan kepenggunaan seperti harga barang.

“Saya dan timbalan (Chong Chieng Jen) akan masuk ke pejabat hari ini dan mendengar taklimat mengenai struktur, hala tuju dan strategi semasa berkaitan kementerian ini, selepas itu kita akan meneliti di mana perlu diberi nilai tambah dan pembaikan.

“Sambutan hari ini, memberi gambaran bagaimana cerianya kementerian ini dan kami harap suasana kondusif ini dapat kami lanjutkan dalam memimpin kementerian ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini selepas melapor diri untuk memulakan tugas sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baharu.

Terdahulu, beliau dan timbalannya mengetik kad perakam waktu pada jam 9.18 bagi memulakan tugas di kementerian itu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh.

Leave a Reply

Top