MH Online

Laman Suara Rakyat

Ibu Tunggal Rugi RM40,500 Ditipu Kenalan Facebook

Ibu Tunggal Rugi RM40,500 Ditipu Kenalan Facebook

KEPALA BATAS, Seorang ibu tunggal terpedaya dengan ‘jerat’ seorang lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook sehingga kerugian RM40,500 dalam sindiket Love Scam.

Mangsa berusia 57 tahun yang juga pesara sebuah syarikat mengenali lelaki berkenaan melalui laman sosial sejak awal Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komosioner Noorzainy Mohd Noor, berkata selepas dua bulan berkenalan, lelaki itu meminta mangsa membuka akaun bank untuknya bagi memudahkan urusan perniagaannya di negara ini.

“Kerana terlalu percaya mangsa menuruti apa yang dikehendaki lelaki itu lalu membuka akaun bank dan menghantar kad ATM kepada lelaki terbabit

Lelaki itu juga turut memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar hadiah hari lahir antaranya beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai dalam dolar Amerika Syarikat.

Mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada ejen syarikat kurier yang memintanya membuat pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan sebelum itu untuk mengambil hadiah berkenaan.

“Mangsa yang tidak menyedari taktik penipuan itu membuat empat kali bayaran berjumlah RM 40,450.00 menggunakan wang simpanannya.

Ejen itu kemudian meminta mangsa membuat lagi bayaran tambahan menyebabkan dia curiga dan ketika semakan dibuat dengan polis mangsa akhirnya sedar terjebak dalam sindiket penipuan.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.