Zlatan Ibrahimovic kembali menjadi wira Manchester United dalam perlawanan menentang Everton, awal pagi Rabu.

Gol yang disumbat masuk pada masa kecederaan telah menyelamatkan United daripada dimalukan pasukan lawan di hadapan penyokong sendiri di Old Trafford.

Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan ini telah membuatkan kelab di bawah bimbingan Jose Mourinho ini tetap berada di kedudukan kelima carta Liga Perdana Inggeris dengan 54 mata, unggul tiga mata di atas Arsenal yang berada di posisi keenam.

Keputusan seri di kandang sendiri ini juga merupakan yang kedua berturut-turut dicatatkan United dalam saingan liga yang sama.

Pada Mac lalu, United turut mencatatkan keputusan seimbang 1-1 ketika menentang AFC Bournemouth di Old Trafford.

Bermain di hadapan lebih dari 75 ribu penonton yang hadir di Old Trafford, United nyata mendominasi perlawanan. Namun, gawang mereka bolos pada minit ke-22 menerusi gol Phil Jagielka.

Keputusan 1-0 bertahan hingga tamat babak pertama.

Pada babak kedua, United berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Sayangnya, gol yang ditanduk masuk oleh Ibrahimovic tidak diambil kira oleh pengadil kerana offside.

Pada minit-minit terakhir pertandingan, pemain Everton Williams telah menahan bola yang disepak oleh Luke Shaw dengan tangannya di kotak penalti.

Kejadian ini membuat pengadil mengarahkan pemain dari Wales itu keluar padang dan United dihadiahkan penalti.

Ibrahimovic yang megambil peranan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya dan menyelamatkan pasukan daripada malu di kandang sendiri.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *