Zlatan Ibrahimovic bakal membuat kejutan tidak lama lagi.

Ibrahimovic menjadi pemain bebas selepas dilepaskan Manchester United dan dijangka pemain bermain berusia 35 tahun itu akan mengumumkan perancangan masa depannya.

Menurut laporan MailOnline, Ibrahimovic dilihat keluar daripada sebuah restoran di Manchester bersama ejennya, Mino Raiola.

Bekas pemain Paris Saint-Germain itu dijangka tidak dapat beraksi sehingga 2018 gara-gara kecederaan lutut sejak April lalu ketika suku akhir Liga Europa United bertemu Anderlecht.

Ibrahimovic memberitahu bahawa ‘pengumuman’ besar akan dibuat tidak lama lagi. Ia akan menjadi besar’.

Sepanjang setahun bersama Jose Mourinho setahun, Ibrahimovic telah meledak 28 gol dalam 48 perlawanan.

Ibrahimovic diberi tawaran sambungan kontrak bersama Manchester United, namun ditolak.

Pun begitu, dia tetap menerima layakan istimewa daripada pengurusan United apabila turut diberi lampu hijau menggunakan kemudahan latihan di Old Trafford.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *