MH Online

Laman Suara Rakyat

Hujan Lebat Jejas Aktiviti Penduduk Sydney

Hujan Lebat Jejas Aktiviti Penduduk Sydney

Hujan lebat menyebabkan jalan utama di bandar terbesar Australia berubah menjadi sungai apabila dinaiki air hari ini dan menjejaskan gangguan besar pada pengguna jalan raya.

Jurucakap rangkaian elektrik Ausgrid yang terbesar di Australia berkata, ribut itu menyebabkan 8,100 kediaman di sekitar Sydney dan bahagian tengah negara berkenaan bergelap apabila bekalan elektrik terputus.

Perbadanan Penyiaran Australia pula melaporkan, berlaku kekecohan di jalan raya apabila sekurang-kurangnya lima pengguna terkandas dan terpaksa diselamatkan dari banjir yang semakin meningkat.

“Ribut ini turut mencetuskan kekecohan di luar dan sekitar lapangan terbang. Kami beroperasi hanya menggunakan satu landasan ketika ini jadi akan berlaku kelewatan atau pembatalan penerbangan,” kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca, bahagian tengah Sydney itu menerima 90 milimeter taburan hujan dan perkhidmatan bantuan kecemasan dihujani puluhan panggilan meminta pertolongan.

Ribut berkenaan dijangka berterusan untuk beberapa ketika dan keadaan diramalkan pulih menjelang waktu petang bersama tiupan angin kencang. – Reuters