Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan sepanjang hari ini di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jabatan itu menerusi laman web berkata, Perak; Kudat dan Sandakan di Sabah serta Limbang dan Miri di Sarawak dijangka menerima hujan di satu dua tempat di kawasan pantai pada pagi ini.

Selain itu, hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana pula dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Pahang, Terengganu serta beberapa kawasan di Sarawak.

Di Labuan dan Kapit, Sarawak pula, hujan dijangka di satu dua tempat pagi ini, manakala tiada hujan di tempat lain.

Pada sebelah petang, beberapa tempat di Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah dijangka hujan di satu dua tempat, manakala Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu di Semenanjung serta Betong, Bintulu, Kuching, Mukah, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Sri Aman di Sarawak dijangka hujan sederhana.

Selain itu, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di pantai barat dan pedalaman Sabah serta tempat lain di Semenanjung dan Sarawak.

Pada sebelah malam pula, Perak, Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan; Pahang dan Terengganu juga dijangka hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana, manakala lain-lain kawasan tiada hujan.

Sementara itu, di kawasan perairan pula, MetMalaysia meramalkan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai 4.5 meter di Condore dan Reef North akan berterusan Sabtu ini.

Katanya, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *