MH Online

Laman Suara Rakyat

Hubungi NADMA, MOTAC Jika Mahu Jadikan Hotel Pusat Kuarantin

Hubungi NADMA, MOTAC Jika Mahu Jadikan Hotel Pusat Kuarantin

KUALA LUMPUR, Pengurusan hotel yang berminat menjadikan hotel mereka sebagai pusat kuarantin kes COVID-19, diminta menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui banyak pertanyaan diterima daripada pengusaha berikutan langkah kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi hotel yang dijadikan pusat kuarantin.

“Bagi hotel yang berminat untuk jadi pusat kuarantin, boleh segera menghubungi NADMA dan Kementerian Pelancongan (Seni dan Budaya) untuk tahu Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.